Total Pageviews

Friday, September 20, 2013

Tangisan seorang ayah

Assalamualaikum w.b.t..

Pada tarikh 29/07/2013 pertama kali dalam hidup froogy yang hampir 21 tahun 7 bulan, ayahanda froggy menitiskan air matanya ketika berbuka puasa. Pada ketika itu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa sebaknya hati ini..pada pendapat froggy mungkin ayahanda sebak bila terlihat gambar arwah kandaku iaitu anak lelaki sulongnya yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23/05/2013 (Al- Fatihah). 
kadang-kala seorang bapa tidak akan dapat menyembunyikan kesedihanya..pernahkah kamu semua melihat ayah atau abah kamu menitiskan air matanya? pada pendapat froggy tangisan seorang bapa ini amat mahal kerana seorang lelaki tahap egonya tinggi, dan amat sukar baginya untuk menitiskan air matanya terutama dihadapan orang yang mereka sayangi iaitu anak-anak dan isteri..
Tapi apa yang penting ayahanda froggy adalah seorang yang sangat hebat dan legend, froggy sayang ayah, froggy cinta ayah...tanpa ayahanda dan bonda mungkin froggy tidak akan wujud dalam dunia ini..selagi ruang dan waktu masih ada selagi itulah froggy akan berusaha untuk berbakti dan membalas jasa ayahanda dan bonda..Walaupun ayahanda dan bonda orang lama, froggy tetap bangga kerana masih mempunyai kedua-duanya. Thank you Allah giving me the precious and amazing parents..saya cinta mereka sampai syurga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.